Monday, 28 November 2016

TUTORIAL 3

TUTORIAL 3

EXAMINING THE “PHENOMENA ” AND THE “RIGHT THEORY CLUSTER”




1. What is being said by Sabahan/Sarawakian in the social media about how the Federal government treats East Malaysia and why.

         Dapat kita kategorikan bahawa fenomena diatas dibawah kluster Public Relation, Adverstising, Marketing And Consumer Behaviour dalam kategori Agenda Setting Theory. Agenda setting menerangkan pengaruh yang sangat kuat daripada media yang  berupaya untuk memberitahu kita tentang isu-isu penting. Teras Agenda Setting, ialah kejadian kesedaran awam dan kebimbangan mengenai isu-isu penting oleh media berita. Dua andaian asas yang mendasari penyelidikan paling atas Agenda Setting. Pertama, akhbar dan media yang tidak mencerminkan realiti, mereka akan  menapis dan bentukkannya. Kedua, kepekatan media mengenai beberapa isu dan mata pelajaran yang membawa orang ramai untuk melihat isu-isu yang lebih penting daripada isu-isu lain. Salah satu aspek yang paling penting dalam konsep peranan agenda setting komunikasi massa adalah jangka masa bagi fenomena ini. Di samping itu, media yang berbeza mempunyai potensi Agenda setting berbeza. Teori Agenda Setting kelihatan agak sesuai untuk membantu kita memahami peranan yang meluas daripada media (contohnya pada sistem komunikasi politik).
          Justeru itu, maksud Agenda setting itu tadi sesuai dikaitkan dengan fenomena diatas, yang mana media telah menyebarkan  isu-isu yang penting yang menjadi perhatian ramai. Sebagai contoh,  baru-baru ini akhbar tempatan dan media sosial menyiarkan berita bahawa ada pihak yang melancarkan kempen 'Sabah Sarawak keluar Malaysia (SSKM)' untuk membangkitkan sentimen membenci Kerajaan Pusat dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak. Media juga melaporkan ada pihak aktivis sosial dan politik mendakwa kerajaan pusat 'meng-anak tirikan' rakyat Sabah dan Sarawak, malah gagal melaksanakan Perjanjian 20 perkara. Sejarah menunjukkan aktivis sosial dan politik di Sabah dan Sarawak sering membangkitkan isu kedua-dua negeri itu berpisah dari Malaysia. Suara berpisah lebih lantang kedengaran di Sabah berbanding Sarawak. Malah, ada parti politik di Sabah yang memasukkan perkara itu dalam manifesto parti politik mereka dalam menghadapi pilihan raya umum. Antara tuntutan dan dakwaan yang sering dibangkitkan sebagai alasan untuk Sabah dan Sarawak berpisah dari Malaysia adalah kononnya rakyat kedua-dua negeri itu tidak puas hati terhadap kadar royalti petroleum, penjawat awam dari Semenanjung mendominasi perkhidmatan awam, rakyat Sabah dan Sarawak masih mundur berbanding di Semenanjung dan Kerajaan Pusat melayan Sabah dan Sarawak sebagai negeri jajahan.

sumber : http://borneo61.rssing.com/chan-9132108/all_p22.html

sumber : http://www.sabahsarawakmerdeka.com/2014/09/sabah-swak-secession-really-just-vocal.html







 2. “style/s” of RTM versus media prima


        Melalui fenomena yang boleh dilihat melalui dua saluran ini adalah fenomena komunikasi. Fenomena komunikasi ialah proses pertukaran maklumat dari individu ke individu yang lain. Komunikasi ini boleh dikategorikan kepada melalui sistem simbol dan tanda. Komunikasi juga satu proses pertukaran maklumat melalui emosi atau idea individu atau kumpulan lain.Dua saluran ini dibawah kategori kluster media massa iaitu bagi teori kluster yang merupakan sebuah stesen televisyen yang berada di Malaysia. Media massa terdiri daripada media cetak dan media elektronik yang melibatkan organisasi. Sub fenomena bagi media massa adalah televisyen, radio, surat khabar dan sebagainya yang dapat menyampaikan maklumat seperti berita kepada orang ramai dengan cepat dalam masa yang singkat. Justeru itu, fenomena diatas dapat dikategorikan dibawah kategori mass media dalam medium theory.
        Ciri-ciri bagi kedua-dua stesen televisyen ini adalah cara penyampaian. Bagi RTM cara penyampaian mereka formal dalam menyampaikan sesuatu berita iaitu bahasa yang digunakan terlalu baku. Ini kerana mereka dibawah kerajaan. Seterusnya, bagi media prima cara penyampaian mereka banyak bahasa yang tidak formal kerana mereka sebuah stesen televisyen ke arah swasta.
        Jika dilihat dari segi tidak formal bagi cara penyampaian radio kerana ini adalah hiburan. Contohnya, bahasa yang digunakan tidak tersusun kerana setiap bahasa dan sebutan yang diperkatakan adalah hiburan bagi pendengar yang mendengarnya. Jika menggunakan bahasa formal mungkin terlalu bosan kepada sesetengah pendengar kerana cara penyampaian mereka.



sumber : https://semuanyabola.com/surat-terbuka-kepada-media-prima-dan-rtm/ 







3. How religion is presented in the media

      Bagi fenomena diatas pula, dapat kita kategorikan dibawah kategori media, culture, and society dalam cluster altercasting dan juga dibawah cluster mass media. Altercasting bermakna kita 'kuasa' penonton untuk menerima peranan tertentu yang menjadikan mereka berkelakuan dengan cara yang kita mahu mereka untuk bertindak.
      Salah satu asas Altercasting iaitu, Altercasting Manded bermakna kita 'memberitahu' orang-orang yang mereka (atau sepatutnya) dengan membuat  peranan penting yang sedia ada ( 'Anda sebagai seorang Islam  sepatutnya ....'), dengan meletakkan orang lain dalam peranan tertentu ( 'Anda sebagai remaja islam perlu .... '), dengan mengaitkan identiti baru atau peranan kepada seseorang, atau dengan meminta orang ramai untuk memainkan peranan.
      Media dan teknologi memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat dan mendidik masyarakat berkaitan dengan masalah sosial, ekonomi, politik dan agama. Melihat kepada komunikasi Islam, penggunaan media bagi menyampaikan mesej agama telah digunakan sejak zaman Islam lagi iaitu sejak zaman Rasulullah S.A.W, ketika itu boleh dikaitkan sebagai media dakwah, kerana komunikasi dalam Islam merupakan dakwah iaitu mengajak umat untuk menyakini Aqidah dan Syariat Islam
      Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa kajian penggunaan media baharu dalam aktiviti pendakwah dan tujuan keagamaan dalam penggunaannya juga bukan lagi sesuatu yang asing. Media sosial kini merupakan fenomena kepada masyarakat dunia dan dilaporkan terdapat lebih 500 juta pengguna Facebook dan lebih 100 juta pengguna Twitter di seluruh dunia (Zulkifli 2008). Malah di Malaysia juga telah direkodkan melebihi 12 juta rakyat mempunyai akaun Facebook. Internet menawarkan pelbagai fungsi kepada pengguna di seluruh dunia. Umar dan Samsudin (2010) mendapati masyarakat Islam menggunakan internet untuk mencari maklumat berkaitan dengan isuisu agama Islam seperti hukum-hakam, urusan menunaikan haji dan umrah, isu-isu semasa dalam Islam dan dunia Muslim, sejarah atau sirah Nabi dan mendapatkan nasihat mengenai jodoh serta tafsiran hukum Islam. Selain itu, Internet juga dijadikan sumber untuk mempelajari lebih banyak mengenai Islam seperti untuk mencari maklumat tentang kepercayaan agama, amalan serta perayaan keagamaan (Chawki 2010), sebagai sumber maklumat keagamaan (Lovheim 2008; Hjarvard 2011; Haslin & Hamdzun 2013; Kosheleva 2013).








sumber : http://religionandmedia.org/

















4.  Why most drama in the malay language are “malay culture-centred”?

      Manakala, fenomena diatas pula, dapat kita kategorikan dalam cluster teori  Media, culture and society dalam cultivation theory. Hal ini demikian kerana, cultivation theory dalam bentuk yang paling asas yang menunjukkan bahawa televisyen adalah bertanggungjawab untuk membentuk, atau 'memupuk' konsep penonton realiti sosial. Kesan gabungan pendedahan televisyen besar-besaran oleh penonton dari masa ke masa secara halus membentuk persepsi realiti sosial untuk individu dan, akhirnya, untuk budaya kita secara keseluruhan. Gerbner berhujah bahawa media massa memupuk sikap dan nilai-nilai yang sudah ada dalam budaya iaitu media mengekalkan dan menyebarkan nilai-nilai ini di kalangan ahli-ahli budaya, sekali gus mengikat bersama-sama. 'Resonance' menerangkan kesan dipergiatkan kepada penonton apabila apa yang orang lihat di kaca televisyen adalah apa yang mereka alami dalam kehidupan. Ini dos berganda mesej televisyen cenderung untuk menguatkan kesan penanaman.


       Oleh sebab itulah, kebanyakan drama bahasa melayu adalah berpusatkan budaya orang melayu agar orang-orang melayu tahu tentang budaya mereka sendiri. Apalah gunanya kalau drama televisyen Melayu tidak mempunyai perspektif sejarah, budaya, seni, sastera, bahasa dan agama?. Sudah tentu drama-drama televisyen maupun filem Melayu ini amat lesu dan tidak bermakna. Sebab tujuan utama kenapa drama dan filem Melayu khususnya dihasilkan bukan sekadar untuk mempersembahkan masyarakat ‘Melayu’ berceloteh dan bertengkar, sekadar hiburan dan mengisi ruang di slot televisyen mahupun di pawagam. Bahkan yang lebih utama ialah harus di jadikan bahan untuk memperkaya budaya, bangsa, serta memupukkan semangat jitu masyarakat dan pegangannya serta ugama, disamping mengukuhkan semangat kekitaan, dan menghargai sejarah budaya, sastera dan cara hidup dan lain-lain. Kalau ini tidak ditekankan, sudah tentu drama-drama dan filem yang dihasilkan itu tidak bermakna dan fungsinya tidak lain untuk mengisi ruang dan menguntungkan penerbit-penerbit berkenaan.


sumber : http://asmahzbd.blogspot.my/2015_01_01_archive.html


sumber : http://www.mynewshub.cc/2016/03/page/30/






TUTORIAL 2

THEORY COMMUNICATION
TUTORIAL 2.


  1. Bincangkan
  1. satu fenomena boleh diterangkan oleh beberapa teori
- Fenomena komunikasi : non-verbal seperti kenyit mata, melambai tangan.
- Beberapa teori lain boleh diterangkan melalui contoh yang diberikan adalah disebalik fenomena tersebut wujud sub-fenomena lain, iaitu maksud disebalik fenomena itu berlaku (adakah pandangan dari sudut yang negatif atau positif).


  1. Bagaimana satu fenomena , ada sub-fenomena. Maka, boleh pula diterangkan oleh beberapa teori.
         B. Dengan merujuk “fenomena” lagu Sehati Sejiwa dalam bentuk,
             -Audio sahaja
             - Video berlirik sahaja
             - Video berlirik dan bergambar.

  1. Cuba kenalpasti apa sub-fenomena yang ada ?
-Merujuk “fenomena” lagu Sehati Sejiwa dalam bentuk, Audio sahaja, Video berlirik sahaja, serta Video berlirik dan bergambar. Menunjukkan bahawa tujuan lain (sub-fenomena) yang ingin disampaikan adalah untuk menunjukkan keunikan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia. Melalui video berlirik dan bergambar pula, sangat jelas menunjukkan bahawa masyarakat di Malaysia hidup dalam keadaan yang harmoni, aman dan sejahtera.

  1. Fenomena /sub-fenomena di bawah kluster teori komunikasi apa?
- Cluster according to Griffin and Ledbetter and Sparks (2014) – berdasarkan kepada Komunikasi Massa iaitu Media dan budaya.



TUTORIAL 1

1.   Select two phenomena. One of which MUST be a communication phenomenon.


- Fenomena kejadian siang dan malam.
- Fenomena media massa/aplikasi media.



- Fenomena media massa/aplikasi media.
Fenomena media massa/aplikasi media, sebagai contoh televisyen,telefon, radio, majalah, jurnal dan lain-lain.
Fenomena ini boleh dijadikan sebagai fenomena komunikasi kerana ianya mampu berfungsi sebagai penyebar maklumat, hiburan, pendidikan dan pemujukan. Di samping itu, media tersebut mampu mewujudkan komunikasi verbal dan bukan verbal. Sebagai contoh, telefon (verbal komunikasi) membolehkan seseorang individu tersebut menyampaikan maklumat secara langsung kepada orang lain. Bagi majalah pula(bukan verbal) melalui pembacaan yang dilakukan manusia membolehkan dia mendapat maklumat yang lebih berkenaan dengan sesuatu fenomena yang berlalu di sekitarnya




2. How do you explain it i.e. what is a possible theory for it?



- Fenomena media massa/aplikasi media. Kita @ seseorang itu boleh menteorikan media berfungsi dengan baik, seperti penyebaran maklumat, pendidikan dan lain-lain. Akan tetapi, boleh jadi ada manusia/seseorang yang menteorikan media ini boleh berfungsi ataupun mendatangkan kesan yang kurang baik, seperti maklumat perisikan negara terbongkar, jenayah rentas sempadan, dan lain-lain.


3.   State possible definitions for ‘theory’
     
      Teori adalah lakaran minda dan pemikirana dalam sesuatu bidang  Teori komunikasi pula bermaksud teori yang digunakan untuk menerangkan, menjelaskan, menilai, membuat ramalan untuk memahami fenomena komunkasi.  Kenyataan/ penerangan yang dibentuk untuk menerangkan sesuatu fenomena yang bersifat sementara dan boleh ditentukan melalui ujian/kajian secara sistematik untuk membuktikannya sama ada benar ataupun tidak. Teori tersebut boleh diterima, ditolak ataupun diubahsuai melalui kajian yang dijalankan. Antara definisi teori komunikasi menurut tokoh ialah menurut Littlejohn,1996, satu teori atau sekumpulan pemikiran kolektif yang didapati dalam keseluruhan teori terutamanya yang berkaitan proses komunikasi. Manakala menurut Griffin,1997, teori adalah jawapan sementara yang dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu fenomena dan menurut Cragan & Shields,1998, teori adalah hubungan diantara konsep teoretikel yang membantu memberi secara keseluruhan ataupun sebahagiannya,keterangan,penjelasan,penerangan,penilaian ataupun ramalan tindakan manusia berdasarkan komunikator(orang) berkomunikasi (bercakap,menulis, membaca dan sebagainya) untuk jangka masa tertentu melalui media

     

        4.What is/are the difference/differences between theory, concept and model?

 
Teori
Konsep
Model
Suatu idea untuk menjelaskan sesuatu, teori tidak semestinya fakta. Hal ini kerana, seseorang itu hanya menteorikan sesuatu berdasarkan apa yang dia fikirkan.
Suatu pandangan atau pegangan berkenaan dengan sesuatu. Konsep biasanya berkaitan dengan kebenaran kepada apa yang seseorang itu fikirkan.
Suatu rujukan/ menunjukkan gambaran visual kepada idea yang seseorang itu fikirkan. Ianya bukanlah suatu yang realiti.