TUTORIAL 3
EXAMINING THE
“PHENOMENA ” AND THE “RIGHT THEORY CLUSTER”
1. What is being said by Sabahan/Sarawakian in the
social media about how the Federal government treats East Malaysia and why.
Dapat
kita kategorikan bahawa fenomena diatas dibawah kluster Public Relation, Adverstising, Marketing And Consumer Behaviour
dalam kategori Agenda Setting Theory. Agenda
setting menerangkan pengaruh yang
sangat kuat daripada media yang berupaya
untuk memberitahu kita tentang isu-isu penting. Teras Agenda Setting, ialah kejadian kesedaran awam dan kebimbangan
mengenai isu-isu penting oleh media berita. Dua andaian asas yang mendasari
penyelidikan paling atas Agenda Setting.
Pertama, akhbar dan media yang tidak mencerminkan realiti, mereka akan menapis dan bentukkannya. Kedua, kepekatan
media mengenai beberapa isu dan mata pelajaran yang membawa orang ramai untuk
melihat isu-isu yang lebih penting daripada isu-isu lain. Salah satu aspek yang
paling penting dalam konsep peranan agenda
setting komunikasi massa adalah jangka masa bagi fenomena ini. Di samping
itu, media yang berbeza mempunyai potensi Agenda
setting berbeza. Teori Agenda Setting
kelihatan agak sesuai untuk membantu kita memahami peranan yang meluas daripada
media (contohnya pada sistem komunikasi politik).
Justeru itu, maksud Agenda setting
itu tadi sesuai dikaitkan dengan fenomena diatas, yang mana media telah
menyebarkan isu-isu yang penting yang
menjadi perhatian ramai. Sebagai contoh,
baru-baru ini akhbar tempatan dan media sosial menyiarkan berita bahawa
ada pihak yang melancarkan kempen 'Sabah Sarawak keluar Malaysia (SSKM)'
untuk membangkitkan sentimen membenci Kerajaan Pusat dalam kalangan rakyat
Sabah dan Sarawak. Media juga melaporkan ada pihak aktivis sosial dan politik
mendakwa kerajaan pusat 'meng-anak
tirikan' rakyat Sabah dan Sarawak, malah gagal melaksanakan Perjanjian 20
perkara. Sejarah menunjukkan aktivis sosial dan politik di Sabah dan Sarawak
sering membangkitkan isu kedua-dua negeri itu berpisah dari Malaysia. Suara
berpisah lebih lantang kedengaran di Sabah berbanding Sarawak. Malah, ada parti
politik di Sabah yang memasukkan perkara itu dalam manifesto parti politik
mereka dalam menghadapi pilihan raya umum. Antara tuntutan dan dakwaan yang
sering dibangkitkan sebagai alasan untuk Sabah dan Sarawak berpisah dari
Malaysia adalah kononnya rakyat kedua-dua negeri itu tidak puas hati terhadap
kadar royalti petroleum, penjawat awam dari Semenanjung mendominasi
perkhidmatan awam, rakyat Sabah dan Sarawak masih mundur berbanding di
Semenanjung dan Kerajaan Pusat melayan Sabah dan Sarawak sebagai negeri
jajahan.
sumber : http://borneo61.rssing.com/chan-9132108/all_p22.html
sumber : http://www.sabahsarawakmerdeka.com/2014/09/sabah-swak-secession-really-just-vocal.html
2. “style/s” of RTM versus media prima
Melalui fenomena yang boleh dilihat melalui
dua saluran ini adalah fenomena komunikasi. Fenomena komunikasi ialah proses
pertukaran maklumat dari individu ke individu yang lain. Komunikasi ini boleh
dikategorikan kepada melalui sistem simbol dan tanda. Komunikasi juga satu
proses pertukaran maklumat melalui emosi atau idea individu atau kumpulan
lain.Dua saluran ini dibawah kategori kluster media massa iaitu bagi teori
kluster yang merupakan sebuah stesen televisyen yang berada di Malaysia. Media
massa terdiri daripada media cetak dan media elektronik yang melibatkan
organisasi. Sub fenomena bagi media massa adalah televisyen, radio, surat
khabar dan sebagainya yang dapat menyampaikan maklumat seperti berita kepada
orang ramai dengan cepat dalam masa yang singkat. Justeru itu, fenomena diatas
dapat dikategorikan dibawah kategori mass
media dalam medium theory.
Ciri-ciri bagi kedua-dua stesen televisyen ini adalah cara penyampaian. Bagi RTM cara penyampaian mereka formal dalam
menyampaikan sesuatu berita iaitu bahasa yang digunakan terlalu baku. Ini
kerana mereka dibawah kerajaan. Seterusnya, bagi media prima cara penyampaian mereka banyak bahasa yang tidak formal
kerana mereka sebuah stesen televisyen ke arah swasta.
Jika
dilihat dari segi tidak formal bagi cara
penyampaian radio kerana ini adalah hiburan. Contohnya, bahasa yang
digunakan tidak tersusun kerana setiap bahasa dan sebutan yang diperkatakan
adalah hiburan bagi pendengar yang mendengarnya. Jika menggunakan bahasa formal
mungkin terlalu bosan kepada sesetengah pendengar kerana cara penyampaian
mereka.
sumber : https://semuanyabola.com/surat-terbuka-kepada-media-prima-dan-rtm/
3. How religion is presented in the media
Bagi
fenomena diatas pula, dapat kita kategorikan dibawah kategori media, culture, and society dalam cluster altercasting dan juga dibawah
cluster mass media. Altercasting
bermakna kita 'kuasa' penonton untuk
menerima peranan tertentu yang menjadikan mereka berkelakuan dengan cara yang
kita mahu mereka untuk bertindak.
Salah
satu asas Altercasting iaitu, Altercasting Manded bermakna kita 'memberitahu' orang-orang yang mereka (atau
sepatutnya) dengan membuat peranan
penting yang sedia ada ( 'Anda sebagai seorang Islam sepatutnya ....'), dengan meletakkan orang lain
dalam peranan tertentu ( 'Anda sebagai remaja islam perlu .... '), dengan
mengaitkan identiti baru atau peranan kepada seseorang, atau dengan meminta
orang ramai untuk memainkan peranan.
Media
dan teknologi memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat dan mendidik
masyarakat berkaitan dengan masalah sosial, ekonomi, politik dan agama. Melihat
kepada komunikasi Islam, penggunaan media bagi menyampaikan mesej agama telah
digunakan sejak zaman Islam lagi iaitu sejak zaman Rasulullah S.A.W, ketika itu
boleh dikaitkan sebagai media dakwah, kerana komunikasi dalam Islam merupakan
dakwah iaitu mengajak umat untuk menyakini Aqidah dan Syariat Islam
Sehubungan
dengan itu, terdapat beberapa kajian penggunaan media baharu dalam aktiviti
pendakwah dan tujuan keagamaan dalam
penggunaannya juga bukan lagi sesuatu yang asing. Media sosial kini merupakan fenomena kepada
masyarakat dunia dan dilaporkan terdapat lebih 500 juta pengguna Facebook dan
lebih 100 juta pengguna Twitter di seluruh dunia (Zulkifli 2008). Malah di
Malaysia juga telah direkodkan melebihi 12 juta rakyat mempunyai akaun
Facebook. Internet menawarkan pelbagai fungsi
kepada pengguna di seluruh dunia. Umar dan Samsudin (2010) mendapati masyarakat
Islam menggunakan internet untuk mencari maklumat berkaitan dengan isuisu agama
Islam seperti hukum-hakam, urusan menunaikan haji dan umrah, isu-isu semasa
dalam Islam dan dunia Muslim, sejarah atau sirah Nabi dan mendapatkan nasihat
mengenai jodoh serta tafsiran hukum Islam. Selain itu, Internet juga dijadikan
sumber untuk mempelajari lebih banyak mengenai Islam seperti untuk mencari
maklumat tentang kepercayaan agama, amalan serta perayaan keagamaan (Chawki
2010), sebagai sumber maklumat keagamaan (Lovheim 2008; Hjarvard 2011; Haslin
& Hamdzun 2013; Kosheleva 2013).
sumber : http://religionandmedia.org/
4. Why most drama in the malay language are “malay
culture-centred”?
Manakala, fenomena diatas pula, dapat kita kategorikan dalam cluster teori Media, culture and society dalam cultivation theory. Hal ini demikian
kerana, cultivation theory dalam
bentuk yang paling asas yang menunjukkan bahawa televisyen adalah bertanggungjawab untuk membentuk, atau 'memupuk'
konsep penonton realiti sosial. Kesan gabungan pendedahan televisyen
besar-besaran oleh penonton dari masa ke masa secara halus membentuk persepsi
realiti sosial untuk individu dan, akhirnya, untuk budaya kita secara
keseluruhan. Gerbner berhujah bahawa media massa memupuk sikap dan nilai-nilai
yang sudah ada dalam budaya iaitu media mengekalkan dan menyebarkan nilai-nilai
ini di kalangan ahli-ahli budaya, sekali gus mengikat bersama-sama. 'Resonance' menerangkan kesan
dipergiatkan kepada penonton apabila apa yang orang lihat di kaca televisyen
adalah apa yang mereka alami dalam kehidupan. Ini dos berganda mesej televisyen
cenderung untuk menguatkan kesan penanaman.
Oleh
sebab itulah, kebanyakan drama bahasa melayu adalah berpusatkan budaya orang
melayu agar orang-orang melayu tahu tentang budaya mereka sendiri. Apalah gunanya kalau drama televisyen Melayu tidak
mempunyai perspektif sejarah, budaya, seni, sastera, bahasa dan agama?. Sudah
tentu drama-drama televisyen maupun filem Melayu ini amat lesu dan tidak
bermakna. Sebab tujuan utama kenapa drama dan filem Melayu khususnya dihasilkan
bukan sekadar untuk mempersembahkan masyarakat ‘Melayu’ berceloteh dan
bertengkar, sekadar hiburan dan mengisi ruang di slot televisyen mahupun di
pawagam. Bahkan yang lebih utama ialah harus di jadikan bahan untuk memperkaya budaya, bangsa, serta memupukkan
semangat jitu masyarakat dan pegangannya serta ugama, disamping mengukuhkan
semangat kekitaan, dan menghargai sejarah budaya, sastera dan cara hidup dan
lain-lain. Kalau ini tidak ditekankan, sudah tentu drama-drama dan filem
yang dihasilkan itu tidak bermakna dan fungsinya tidak lain untuk mengisi ruang
dan menguntungkan penerbit-penerbit berkenaan.
sumber : http://asmahzbd.blogspot.my/2015_01_01_archive.html
sumber : http://www.mynewshub.cc/2016/03/page/30/





No comments:
Post a Comment